Wednesday, 16 December 2015

Ketua Jurulatih Pasukan Liga Malaysia 2015

Bola Sepak : Ketua Jurulatih Pasukan Liga Malaysia 2015

Musim baru Liga Malaysia 2015 dijangka akan bermula pada bulan Januari 2015 akan datang. Kini fokus utama setiap pasukan adalah untuk memantapkan pasukan masing-masing dengan membawa masuk pemain-pemain tempatan serta pemain-pemain import berkualiti untuk musim akan datang. Musim 2015 juga menyaksikan terdapat pasukan menandatangani Ketua Jurulatih baru pasukan bagi memberikan nafas baru kepada pasukan selain memperbaiki mutu permainan pasukan. 

Berikut adalah senarai Ketua Jurulatih pasukan Liga Malaysia bagi musim 2015 akan datang :

















Ketua Jurulatih Pasukan Liga Super 2015



















Ketua Jurulatih Pasukan Liga Premier 2015
T-Team:Tomislav Steinbruckner 
PKNS FC : E.Elavarasan
Pulau Pinang : Jacksen F. Tiago 
Kedah : Tan Cheng Hoe
Johor : Goran Paulic
Negeri Sembilan : K.Devan
Sabah : Justin Ganai 
DRB Hicom FC : Andrew Marshall Soper
UiTM FC : Azuan Zain
SPA FC : Mohd. Shah Alias Norbit
Kuantan FA : Aminuddin Hussin
Kuala Lumpur : Ricardo Formosinho

BERITA BOLA SEPAK SEMASA MALAYSIA

Pemain Import Termahal Liga Malaysia

5 Senarai Pemain Import Termahal Liga Malaysia

Di bawah menyenaraikan antara 5 senarai pemain import termahal Liga Malaysia . Gaji per bulan :


Patricio Julian Rodriguez

1 . Patricio Julian Rodriguez

Gaji : RM250,000
Pasukan : Johor Darul Takzim FC
Negara Kelahiran : Argentina


Dickson Nwakaeme

2 . Dickson Nwakaeme

Gaji : RM160,000
Pasukan : Pahang FA
Negara Kelahiran : Nigeria



3 . Paolo Rangel

Gaji : RM108,000
Pasukan : Terengganu
Negara Kelahiran : Brazil


Robert Cornthwaite

4 . Robert Cornthwaite

Gaji : RM54,000 - RM73,000
Pasukan : Selangor FA
Negara Kelahiran : Australia


Leandro Dos Santos

5 . Leandro Dos Santos

Gaji : RM54,000 - RM73,000
Pasukan : Selangor FA
Negara Kelahiran : Brazil

Razman, Alex, Hafiz ‘angkat kaki’.

KUANTAN – Senarai penuh pemain yang bakal memperkuatkan skuad Tok Gajah musim depan hanya akan diketahui hujung bulan ini, namun enam tonggak mereka sudah disahkan bakal meninggalkan Pahang.Ketua pasukan, Razman Roslan, Azamuddin Akil atau lebih dikenali sebagai Alex dan Hafiz Kamal sah tidak lagi menyarung jersi Pahang musim depan, namun pemain sayap lincah, R. Gopinathan memi­lih untuk kekal bersama Tok Gajah.




    Mohd Razman Roslan
    Mohd Razman Roslan is a Malaysian footballer who plays as a defender for Pahang. Razman formerly played with Selangor, and has won 2009 Malaysia Super League with them.
    BornAugust 14, 1984 (age 31), Kajang, Malaysia
    Height5′ 10″
    Date joined2010





Azamuddin Akil
    Mohammad Azamuddin bin Mohammad Akil born on 16 April 1985 commonly known as Alex is a Malaysian footballer who plays for Pahang FA.Because of his pacy style of play, he is always used as a winger or Forward.
    BornApril 16, 1985 (age 30), Kuala Lipis, Malaysia
    Height5′ 8″
    Career start2005
    Current teamsPahang FA (#12 / Forward), Malaysia national football team (Midfielder, Forward)




    Mohd Hafiz Kamal
    Mohd Hafiz bin Kamal, also known as Hafiz Kamal, is a Malaysian footballer who plays as a midfielder for Pahang FA. He was born in Pantai Remis, Perak.
    BornJuly 9, 1987 (age 28), Pantai Remis, Malaysia
    Height5′ 9″
Selain itu, tiga pemain import, Dickson Nwakaeme, Damion Stewart dan Matias Conti tidak di­sambung kontrak, manakala Zesh Rehman kekal kerana masih mempunyai baki kontrak setahun.Sumber rapat Pahang membe­ritahu Utusan Malaysia, gergasi bola sepak pantai timur itu bakal membariskan ramai pemain muda tahun depan, sekali gus menjadikannya musim paling mencabar buat pasukan yang pernah dinobat juara Piala Malaysia empat kali.
Selain itu katanya, Tok Gajah akan membawa masuk pemain import yang lebih berkualiti bagi menggantikan pemain sebelum ini.

“Pemain import yang akan bersama Tok Gajah pada musim depan telah dikenal pasti, dijamin mereka lebih berkualiti dan berpengalaman bermain di Eropah.“Kita akan melakukan yang terbaik bagi memantapkan pasukan pada musim hadapan dan pengumuman rasmi mengenai senarai penuh pemain Pahang akan dibuat pada penghujung bulan ini,” kata­ sumber itu di sini semalam.

Mengenai penghijrahan lima tonggak utama skuad itu, sumber tersebut berkata, Pahang memberikan peluang kepada pemain-pemainnya untuk mencari pengalaman baharu.Sementara itu, Hafiz berkata, sudah tiba masanya dia beraksi bersama pasukan lain musim depan selepas menerima tawaran daripada tiga pasukan.

“Kontrak saya bersama Pahang tamat pada tahun ini dan saya tidak berhajat menyambungnya lagi kerana ingin bertukar angin bersama pasukan baharu musim depan.“Ada tiga pasukan dari Liga Super ingin mendapatkan khidmat saya dan saya masih lagi memikirkan pasukan mana yang akan di­pilih untuk mengembangkan karier sebagai pemain profesional,” kata calon Pemain Tengah Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 itu.


Berita bola sepak terkini Astro Arena

Pemain Terbaik Asia Tenggara minggu ini oleh laman web bola sepak antarabangsa.


KEJAYAAN Ahmad Hazwan Bakri turut dimuat naik Facebook Selangor

KUALA LUMPUR – Aksi cemerlang Ahmad Hazwan Bakri meledak dua gol untuk membantu Selangor muncul juara Piala Malaysia, Sabtu lalu membolehkan dia dnobat sebagai Pemain Terbaik Asia Tenggara minggu ini oleh laman web bola sepak antarabangsa, Goal.com.Hazwan, 24, mempamer prestasi terbaik dalam perlawanan akhir untuk membantu Red Giants me­numpaskan Kedah 2-0 di Stadium Shah Alam, sekali gus menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33.Menerusi pemilihan ini, Hazwan menewaskan dua calon lain iaitu penjaga gol kelab Thailand, Saraburi FC, Pisan Dokmaikaew dan juga penjaga gol kelab Indonesia, Semen Padang, Jandia Eka Putra.Menurut kenyataan Goal.com, walaupun Hazwan dilihat kurang menonjol musim ini, dia memberi sumbangan besar dalam aksi pen­ting.


“Dia membuktikan sentuhan penyudah berbisanya Sabtu lalu dengan menjaringkan dua gol untuk memberi tekanan kepada Kedah.Itu adalah sumbangan terbesarnya buat pasukan, sekali gus membantu Selangor menjuarai Piala Malaysia dan menamatkan kemarau 10 tahun,” katanya.


Bekas penyerang Harimau Muda kelahiran Labuan itu merupakan Pemain Terbaik Asia Tenggara ke-52 yang dipilih oleh Goal.com.Sejurus tamat perlawanan, dia turut dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.





Gol Pertama Selangor Hazwan Bakri ,Selangor 2-0 Kedah final piala malaysia 2015

Pemain terbaik malaysia 2015


GAJI TERTINGGI PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA 2015

SENARAI 5 GAJI TERTINGGI PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA 2015


Siapa sangka, pemain bolasepak tempatan yang beraksi dalam liga tempatan kini mampu bergelar jutawan. Kalau sebelum ini, kerap juga kita dengar mengenai gaji pemain bolasepak yang terlalu rendah.

Pada usia 30 tahun keatas, mereka mungkin akan menamatkan karier sebagai pemain bola. Dengan gaji yang rendah atau sedang-sedang sahaja, mereka mungkin tidak mampu untuk buat simpanan bagi menampung kehidupan mereka seterusnya.
Namun kini, isu pemain bolasepak yang dibayar gaji terlalu mahal pula menjadi masalah. Bukan dengkikan mereka kaya, namun ia menimbulkan pelbagai masalah kepada kelab atau persatuan yang tidak berkemampuan.
Benda ini isu lama dan tiada kaitan dengan mana-mana pasukan pun sebagai puncanya. Kalau sebelum ini ada pasukan yang mampu menawarkan gaji sehingga RM20,000, muncul pula pasukan yang menawarkan gaji yang lebih lumayan sehingga RM40,000 bagi mendapatkan pemain idaman mereka.
Dek kerana itu, terjadilah perlumbaan mengejar pemain bintang dengan tawaran gaji yang cukup mengujakan. Ia sudah tentu gagal diberi saingan oleh pasukan lain.
Pada musim Liga Malaysia 2016, kemungkinan akan diwujudkan had atau gaji siling untuk pemain bolasepak tempatan. Oh, mungkin agak mendukacitakan kepada pemain yang menerima gaji tinggi ketika ini. Pastinya akan berlaku penurunan gaji dan sebagainya.
Siapakah pemain bolasepak Malaysia yang menerima gaji tertinggi dalam Liga Malaysia 2015?
Berdasarkan sumber yang terima, ada 5 pemain yang dikhabarkan mereka gaji tertinggi. Dibawah senaraikan 10 gaji tertinggi pemain bolasepak Malaysia 2015:




Safe Sali atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali merupakan pemain bola sepak tempatan yang pertama bermain di Liga Super Indonesia iaitu di kelab Pelita Jaya selepas membantu Malaysia untuk menjuarai Piala AFF Suzuki pada tahun 2010 dengan menewaskan Indonesia. Safee telah menyertai pasukan itu dengan yuran perpindahan sebanyak USD30,000 (RM106 ribu) dan menerima gaji sebanyak USD 10,000 atau RM35,470. Namun pada tahun 2012, penyerang berusia 31 tahun ini telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) yang dikatakan menerima gaji sebanyak RM120,000 sebulan.






Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali dengan panggilan Apek dikatakan panjaga gol yang dibayar gaji termahal dalam Liga Malaysia. Apek bukan sahaja menerima gaji yang lumayan bersama Kelantan malah beliau turut menerima pelbagai pendapatan lain lagi di luar padang. Beberapa musim lepas, Apek dikhabarkan turut menerima tawaran lumayan dari sebuah pasukan dan akan meletakkannya sebagai pemain termahal namun Apek memilih untuk kekal bersama Kelantan.





Amri Yahya memulakan karier bola sepaknya di Selangor FA selama 12 tahun dan sepanjang kariernya bersama Selangor, Amri telah tampil sebanyak 200 kali dan menjaringkan sebanyak 71 gol. Ini menjadikan Amri salah seorang pemain tengah/penyerang digeruni pihak lawan. Amri, 34, kemudian telah ditawarkan kontrak lumayan oleh Johor Darul Takzim (JDT) bernilai RM1 juta selama setahun iaitu sekitar RM85,000 sebulan.





Pemain kelahiran Besut ini merupakan seorang penyerang yang cukup berbisa ketika bermain bersama pasukan Kelantan dan juga pasukan Malaysia sehingga pasukan kebangsaan berjaya menjadi juara Piala AFF Suzuki pada tahun 2010. Pada tahun 2013 pemain berusia 28 tahun itu telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan (JDT) selepas menerima tawaran lumayan iaitu menerima gaji sekitar RM80,000 sebulan. Bagaimanapun, Norshahrul gagal memberi impak besar terhadap pasukannya apabila hanya mampu menjaringkan 10 gol dalam 35 penampilannya bersama JDT. Norshahrul kemudiannya berhijrah ke pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kini beliau nampaknya telah menyarung jersi negeri kelahirannya, Terengganu.





Pemain berusia 33 tahun ini merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang dilihat sebagai pemain serba boleh. Dia yang bermain sebagai penyerang dan di bahagaian sayap pernah bermain untuk banyak negeri dan kelab antaranya Perak FA, Pahang FA, Selangor FA, Kelantan FA, T-Team dan kini bermain untuk Felda United FC yang mana dia dikatakan menerima gaji sebanyak RM75,000 sebulan.