KUANTAN – Senarai penuh pemain yang bakal memperkuatkan skuad Tok Gajah musim depan hanya akan diketahui hujung bulan ini, namun enam tonggak mereka sudah disahkan bakal meninggalkan Pahang.Ketua pasukan, Razman Roslan, Azamuddin Akil atau lebih dikenali sebagai Alex dan Hafiz Kamal sah tidak lagi menyarung jersi Pahang musim depan, namun pemain sayap lincah, R. Gopinathan memilih untuk kekal bersama Tok Gajah.
Mohd Razman Roslan
Born: August 14, 1984 (age 31), Kajang, Malaysia
Height: 5′ 10″
Date joined: 2010
Current teams: Malaysia national football team (Defender), Pahang FA(#13 / Defender)
Born: April 16, 1985 (age 30), Kuala Lipis, Malaysia
Height: 5′ 8″
Career start: 2005
Current teams: Pahang FA (#12 / Forward), Malaysia national football team (Midfielder, Forward)
Mohd Hafiz Kamal
Mohd Hafiz bin Kamal, also known as Hafiz Kamal, is a Malaysian footballer who plays as a midfielder for Pahang FA. He was born in Pantai Remis, Perak.
Born: July 9, 1987 (age 28), Pantai Remis, Malaysia
Height: 5′ 9″
Current team: Malaysia national football team (Defender)
Selain itu, tiga pemain import, Dickson Nwakaeme, Damion Stewart dan Matias Conti tidak disambung kontrak, manakala Zesh Rehman kekal kerana masih mempunyai baki kontrak setahun.Sumber rapat Pahang memberitahu Utusan Malaysia, gergasi bola sepak pantai timur itu bakal membariskan ramai pemain muda tahun depan, sekali gus menjadikannya musim paling mencabar buat pasukan yang pernah dinobat juara Piala Malaysia empat kali.
Selain itu katanya, Tok Gajah akan membawa masuk pemain import yang lebih berkualiti bagi menggantikan pemain sebelum ini.
“Pemain import yang akan bersama Tok Gajah pada musim depan telah dikenal pasti, dijamin mereka lebih berkualiti dan berpengalaman bermain di Eropah.“Kita akan melakukan yang terbaik bagi memantapkan pasukan pada musim hadapan dan pengumuman rasmi mengenai senarai penuh pemain Pahang akan dibuat pada penghujung bulan ini,” kata sumber itu di sini semalam.
Mengenai penghijrahan lima tonggak utama skuad itu, sumber tersebut berkata, Pahang memberikan peluang kepada pemain-pemainnya untuk mencari pengalaman baharu.Sementara itu, Hafiz berkata, sudah tiba masanya dia beraksi bersama pasukan lain musim depan selepas menerima tawaran daripada tiga pasukan.
“Kontrak saya bersama Pahang tamat pada tahun ini dan saya tidak berhajat menyambungnya lagi kerana ingin bertukar angin bersama pasukan baharu musim depan.“Ada tiga pasukan dari Liga Super ingin mendapatkan khidmat saya dan saya masih lagi memikirkan pasukan mana yang akan dipilih untuk mengembangkan karier sebagai pemain profesional,” kata calon Pemain Tengah Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 itu.
Berita bola sepak terkini Astro Arena
No comments:
Post a Comment