KUALA LUMPUR – Aksi cemerlang Ahmad Hazwan Bakri meledak dua gol untuk membantu Selangor muncul juara Piala Malaysia, Sabtu lalu membolehkan dia dnobat sebagai Pemain Terbaik Asia Tenggara minggu ini oleh laman web bola sepak antarabangsa, Goal.com.Hazwan, 24, mempamer prestasi terbaik dalam perlawanan akhir untuk membantu Red Giants menumpaskan Kedah 2-0 di Stadium Shah Alam, sekali gus menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33.Menerusi pemilihan ini, Hazwan menewaskan dua calon lain iaitu penjaga gol kelab Thailand, Saraburi FC, Pisan Dokmaikaew dan juga penjaga gol kelab Indonesia, Semen Padang, Jandia Eka Putra.Menurut kenyataan Goal.com, walaupun Hazwan dilihat kurang menonjol musim ini, dia memberi sumbangan besar dalam aksi penting.
“Dia membuktikan sentuhan penyudah berbisanya Sabtu lalu dengan menjaringkan dua gol untuk memberi tekanan kepada Kedah.Itu adalah sumbangan terbesarnya buat pasukan, sekali gus membantu Selangor menjuarai Piala Malaysia dan menamatkan kemarau 10 tahun,” katanya.
Bekas penyerang Harimau Muda kelahiran Labuan itu merupakan Pemain Terbaik Asia Tenggara ke-52 yang dipilih oleh Goal.com.Sejurus tamat perlawanan, dia turut dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.
Gol Pertama Selangor Hazwan Bakri ,Selangor 2-0 Kedah final piala malaysia 2015
No comments:
Post a Comment